News On Malaysia

EDITOR

MUKA DEPAN

BERITA AM

BISNES

GLOBAL

FOKUS

RENCANA

SURAT PEMBACA

FORUM

KOLEKSI

CONTACT

BERITA
53 Pelajar UPM Dikejar Ke Klinik

KUALA LUMPUR: 53 pelajar baru Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu 52 perempuan dan seorang lelaki dikejarkan ke klinik pela-jar UPM akibat keracunan selepas meminum air yang bercampur ajinomoto ketika sarapan.

Kesemua pelajar daripada Kolej Tun Dr Ismail itu meminum air berkenaan ketika bersarapan di kolej itu yang disediakan oleh Desasiswa Catering Sdn Bhd kira-kira jam lapan pagi.

Presiden kolej itu, Mohd Shafie M Logong berkata ini bukanlah kali pertama pelajar kolej itu mendapat perkhidmatan yang tidak memuaskan daripada syarikat itu.

Desasiswa diberikan kontrak penyediaan makanan bagi enam buah kolej di universiti itu bagi tempoh 15 tahun dan mulai sesi pengajian baru ini, semua pelajar diwajibkan membayar RM 5 sehari bagi sarapan dan makan malam di kantin yang disediakan syarikat itu.

"Pelajar pernah diberikan makan malam dengan hanya berlaukkan telur masin dan ikan, tanpa kuah. Manakala penyediaan makanan juga selalu lewat daripada waktu yang ditetapkan," katanya kepada NoM di sini.

Shafei berkata, pihaknya telah mendapat pengesahan daripada Pengarah Pusat Kesihatan Pelajar, Dr Yahya Ahmad bahawa minuman nescafe yang diminum oleh pelajar berkenaan didapati dicampur dengan ajinomoto.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak UPM mengambil langkah-langkah segera bagi menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar berikutan pemberian kontrak kepada syarikat itu.

Back To Top

`

'

 

Archived Stories:

 


MUKA DEPAN | BISNES | GLOBAL | FOKUS | RENCANA | SURAT PEMBACA
FORUM | KOLEKSI |

HOME

The Reformist, Inc Contact Information | Surat Kepada Editor

Copyright©1999 The Reformist, Inc.
All Rights Reserved.