News On Malaysia

EDITOR

MUKA DEPAN

BERITA AM

BISNES

GLOBAL

FOKUS

RENCANA

SURAT PEMBACA

FORUM

KOLEKSI

CONTACT

BERITA
Empat Ribu Pelajar Baru UPM Demonstrasi

KUALA LUMPUR: Kira-kira empat ribu pelajar UPM yang terdiri daripada pelajar baru dan fasilitator minggu suai kenal Universi-ti Putra Malaysia (UPM) berdemontrasi membantah kontrak makanan oleh Desasiswa Catering Sdn Bhd di Bangunan Pentadbiran UPM di sini.

Demonstrasi itu yang bermula kira-kira jam lapan setengah pagi dan berakhir 15 minit kemudian diadakan tanpa gangguan pihak keselamatan universiti ataupun polis.

Presiden Persatuan Mahasiswa UPM (PMUPM) Anasamsul Nasarudin berkata demontrasi itu diadakan kerana kegagalan syarikat itu menyediakan makanan yang berkualiti sepanjang minggu suai kenal itu.

Beliau berkata, PMUPM juga membantah sistem pembayaran makanan sebanyak RM 5 sehari seorang untuk makan malam dan sarapan bagi enam buah kolej menerusi pemotongan pinjaman kerana menimbulkan beban kewangan kepada pelajar.

Desasiswa Catering mempunyai rekod buruk dalam penyediaan makanan termasuk penyedian nasi mentah dan berbau, dapur yang kotor dan penyediaan makanan tidak menepati waktu, katanya.

Menurutnya, syarikat itu adalah usahasama antara UPM dengan Diwani Food Industries Sdn Bhd dengan UPM memegang 30 peratus kepentingan syarikat manakala bakinya oleh Diwani.

PMUPM juga mempertikaikan langkah UPM memberikan kontrak itu kepada Desasiswa tanpa proses tender sedangkan syarikat itu tidak berupaya memberikan perkhidmatan yang baik kepada pelajar, ujarn-ya.

"Kontrak yang diberikan kepada Desasiswa selama 15 tahun itu adalah berbentuk motlak dan dijalankan secara monopoli menyebab-kan syarikat itu tidak mengambil inisiatif untuk meningkatkan kualiti makanan," katanya.

Syarikat itu juga telah disahkan gagal menepati kualiti perkhid-matan dalam laporan yang dibuat oleh jawatankuasa premis makanan UPM dan juga Pejabat Kesihatan Shah Alam sebelum ini, katanya.

Sehubungan itu, PMUPM telah menghantar memorandum bantahan kepada Naib Canselor UPM, Prof Tasn Sri Dr Syed Jalaudin Syed Salim agar sistem bayaran makanan harian dibatalkan dan syarikat itu mem-bayar balik yuran makanan yang telah dikenakan kepada pelajar baru.

Back To Top

`

'

 

Archived Stories:

 


MUKA DEPAN | BISNES | GLOBAL | FOKUS | RENCANA | SURAT PEMBACA
FORUM | KOLEKSI |

HOME

The Reformist, Inc Contact Information | Surat Kepada Editor

Copyright©1999 The Reformist, Inc.
All Rights Reserved.