News On Malaysia

EDITOR

MUKA DEPAN

BERITA AM

BISNES

GLOBAL

FOKUS

RENCANA

SURAT PEMBACA

FORUM

KOLEKSI

CONTACT

BERITA
Seribu Pelajar UPM Gagal Sambung Belajar

KUALA LUMPUR: Kira-kira seribu pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) masih tidak mampu menjelaskan yuran pengajian bagi semes-ter-semester lepas dan menghadapi kemungkinan dihalang daripada mendaftar bagi sesi 1999/2000 minggu hadapan.

Presiden Persatuan Mahasiswa UPM (PMUPM), Anasamsul Nasaruddin berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada kira-kira empat ribu pelajar UPM yang tidak mendapat pembiayaan daripada mana-mana pihak.

Beliau berkata perkara yang mengejutkan itu dimaklumkan oleh Jabatan Bendahari UPM kepada PMUPM pada 17 Mei lepas. Dalam surat pekeliling dari Jabatan Bendahari UPM pada 14 Mei menyatakan pelajar yang berhutang mesti membayar hutang terlebih dahulu sebelum mendaftar atau akan disekat daripada menyambung pengajian mereka.

Kami difahamkan kadar yuran bagi setiap semester adalah seki-tar RM 1,500 hingga RM 1,900 mengikut kursus yang diikuti oleh pelajar universiti itu bagi program ijazah pertama. Terdapat kira-kira 30 ribu pelajar UPM yang mengikuti pelbagai kursus termasuk program sarjana.

Dalam fokus Harakah sebelum ini, kadar yuran universiti adalah semakin membebankan pelajar terutama yang datang dari golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurut Anasamsul, pihaknya berharap Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM mengambil langkah segera untuk mengatasi masalah pela-jar-pelajar terbabit bagi mengelakkan mereka keciciran dalam pelajaran.

"Pihak terbabit sepatutnya menyediakan alternatif penyelesaian bagi pelajar yang bermasalah kerana mereka mungkin benar-benar tidak mampu untuk membayar yuran," katanya ketika ditemui di sini.

Back To Top

`

'

 

Archived Stories:

 


MUKA DEPAN | BISNES | GLOBAL | FOKUS | RENCANA | SURAT PEMBACA
FORUM | KOLEKSI |

HOME

The Reformist, Inc Contact Information | Surat Kepada Editor

Copyright©1999 The Reformist, Inc.
All Rights Reserved.