News On Malaysia

EDITOR

MUKA DEPAN

BERITA AM

BISNES

GLOBAL

FOKUS

RENCANA

SURAT PEMBACA

FORUM

KOLEKSI

CONTACT

ISNIN  Mei 3  1999

RENCANA PENGARANG
Alternatif Media Terbaru

Ketua Pengarang
Media sewajarnya menjadi wahana yang bebas, tanpa sebarang sekatan ataupun kepentingan dalam menyampaikan ilmu dan maklumat kepada masyarakat. Namun begitu, idealisme media yang bebas sudah berkubur di sebalik pelbagai sekatan perundangan dan kepentingan-kepentingan pihak tertentu yang menjadikan media tidak lebih dari saluran propaganda untuk mewujudkan satu pandangan tertentu dalam masyarakat.

Ini menyebabkan apa yang dilaporkan oleh media tidak lagi menjadi relevan dengan apa yang sebenarnya berlaku. Atau dengan kata lain, apa yang dilaporkan adalah apa yang telah diubahsuaikan demi kepentingan pihak tertentu. Media bukan sahaja harus menjaga kepentingan politik pemerintah tetapi juga, menjaga keuntungan pelabur-pelabur mereka yang telah meletakkan wang mereka.

Menjadi wartawan dalam media yang sudah hilang idealismenya adalah seperti menjadi manusia yang bisu, pekak dan buta dalam dunia yang begitu indah. Kerana kebenaran itu perlu ditukarkan dengan duit gaji ataupun bonus tahunan yang perlu dijaga agar nanti tidak "kebuluran". Bukan tidak ada di kalangan wartawan yang masih cuba untuk melaporkan apa yang sebenarnya dan menyelongkar penyelewengan-penyelewengan yang berlaku tetapi apa yang mampu dilakukan oleh seorang manusia dalam usahanya meruntuhkan gunung.

Apa yang dipaparkan di laman ini, adalah sebagai satu usaha untuk memberikan wadah baru kepada pembaca mendapatkan maklumat dan ilmu daripada pelbagai sumber yang telah dipilih kerelevanannya. Beberapa laman yang dipilih sebagai sumber adalah laman reformasi, BERNAMA, CNN, AFP, AP, Time Asia dan South China Morning Post adalah tidak diedit kembali oleh editor laman ini untuk memberikan peluang kepada pembaca membuat penilaian sendiri terhadap apa yang dipaparkan.

Dalam perancangan akan datang, laman ini akan mempunyai lebih banyak bahan daripada sumber-sumber kami sendiri dan pihak kami mengalukan-alukan sumbangan berita atau rencana daripada pembaca yang boleh dimanfaatkan bersama.

Back To Top

`

We have to prove to them that we are a free country-- WAN AZIZAH

'

 

Archived Stories:

 


MUKA DEPAN | BISNES | GLOBAL | FOKUS | RENCANA | SURAT PEMBACA
FORUM | KOLEKSI |

HOME

The Reformist, Inc Contact Information | Surat Kepada Editor

Copyright©1999 The Reformist, Inc.
All Rights Reserved.