News On Malaysia

EDITOR

MUKA DEPAN

BERITA AM

BISNES

GLOBAL

FOKUS

RENCANA

SURAT PEMBACA

FORUM

KOLEKSI

CONTACT

BERITA
Antara Kg Baru Dan Bkt Antarabangsa

Terdapat dua kejadian yang boleh memberikan erti tentang keadilan di negara ini iaitu banjir di Kg Baru dan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

Dalam kejadian pertama, penduduk Kg Baru buat kali keempat dilanda banjir lumpur selepas pembinaan LRT di kawasan itu, dan menurut penduduk Kg Baru, mereka tidak pernah dilanda banjir sejak tahun 1989 sehinggalah pembinaan LRT itu bermula kira-kira dua tahun lepas. Apa yang memberikan kesan, ialah dalam keempat-empat kejadian banjir di kampung itu, ahli parlimen kawasan itu Drs Sulaiman Mohamad tidak pernah mencemarkan kasutnya untuk melawat kampung itu ketika banjir. Malahan menurut pengetahuan saya, sehingga rencana pengarang ini ditulis beliau masih belum melawat mangsa banjir itu.

Dalam kejadian banjir sebelum ini, iaitu ketika Hari Raya Haji lepas, apa yang diperolehi oleh mangsa banjir hanyalah pinggan, seolah orang kampung Baru tidak cukup pinggan untuk makan.

Manakala kejadian yang kedua, berlaku di kawasan masyarakat pertengahan dan atasan termasuk ex-parte, semua pihak membanjiri kawasan itu dan masing-masing melakukan apa yang terbaik untuk mencari penyelesaian.

Akhbar-akhbar harian memperuntukkan sekurang-kurangnya dua muka untuk menceritakan tentang kejadian, masalah dan penyelesaian yang akan dibuat.

Apa yang menarik perhatian saya adalah keadilan di negara ini bermakna, jika anda kaya dan berpengaruh maka anda akan memperolehi layanan, dan jika sebaliknya, pergi jalanlah anda. Peliknya, masyarakat kita masih mengundi orang yang sebegini seperti Drs Sulaiman Mohamad. Wallahu Aklam.

Back To Top

`

'

 

Archived Stories:

 


MUKA DEPAN | BISNES | GLOBAL | FOKUS | RENCANA | SURAT PEMBACA
FORUM | KOLEKSI |

HOME

The Reformist, Inc Contact Information | Surat Kepada Editor

Copyright©1999 The Reformist, Inc.
All Rights Reserved.