Keterangan Azizan Diterima : Ariffin Jaka

Hakim Ariffin Jaka memutuskan bahawa beliau berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh bekas pemandu Dato'Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes Anwar sebelum ini.

“Saya berpuas hati bahawa keterangan saksi adalah munasabah dan boleh diterima kerana keterangannya diberi berdasarkan pertanyaan daripada kedua-dua belah pihak,”katanya dalam perbicaraan hari ini.

“Keterangan itu sepatutnya dilihat mengikut konteks soalan-soalan,”katanya lagi.

Berikutan itu, permohonan peguam Dato'Seri Anwar , Christoper Fernandez Selasa lepas agar keterangan Azizan ditolak telah tidak berjaya.

Isnin lepas, peguambela-peguambela Anwar meminta Ariffin menolak keterangan Azizan berdasarkan bahawa dia adalah orang yang lain tidak boleh dipercayai.

Dalam sesi soal balas ketika perbicaraan kes rasuah Anwar, Azizan mengakui dakwaan beliau dipaksa mengadakan hubungan seks dengan Anwar adalah tidak benar.

Manakala dalam perbicaraan kes liwat pula, Azizan mengakui bahawa beliau diminta oleh SAC Musa Hassan agar menukar tarikh beliau diliwat daripada Mei 1992 kepada Januari hingga Mac 1993.

Anwar, didakwa bersama adik angkatnya Sukma Darmawan kerana meliwat Azizan antara tempoh tersebut.

Ariffin ketika memberikan hujahnya mengambarkan keterangan Azizan berhubung pertentangan kenyataannya adalah “satu keterangan yang memadai”.

Peguambela menghujahkan Ariffin telah gagal untuk mempertimbangkan keterangan Azizan sebelum ini bahawa beliau tidak diliwat oleh Anwar selepas September 1993.

“Ädalah jelas Yang Arif tidak meneliti kenyataan lain,”kata Fernando. Manakala Anwar di kandang tertuduh berkata, “Ÿa, Ya”.

“Hakim-hakim bukanlah maharaja. Kenapa awak takut...adakah wujud tangan yang tidak dapat dilihat yang mempengaruhi hakim-hakim di negara ini,”kata peguambela, Karpal Singh ketika memberikan hujah beliau meminta hakim mempertimbangkan permohonan mereka.

Sambil memegang laporan akhbar yang mempunyai gambar petani-petani melemparkan buah-buah busuk kepada Mahkamah Tinggi Manila, Karpal berkata,”semoga tidak ada insiden yang sebegini di negara ini,”.

Bagaimanapun, Ariffin menolak permohonan peguambela dan mengekalkan keputusannya.

Komen Anda