News On Malaysia

EDITOR

MUKA DEPAN

BERITA AM

BISNES

GLOBAL

FOKUS

RENCANA

SURAT PEMBACA

FORUM

KOLEKSI

CONTACT

ISNIN  Mei 3  1999

BERITA
RN ROSAK TERUK AKIBAT DISERANG LAGI

Kuala Lumpur, Selasa 4 Mei Dengan dukacitanya kami Ketua Editor dan Jurutera Kanan RN mengumumkan bahawa selama lebih 48 jam yang lalu laman RN mengalami kerosakan teruk akibat diserang oleh pihak yang tidak diketahui.

Dalam tempoh itu RN amat sukar dicapai oleh pembaca. Kemudian daripada itu,serangan terus dilakukan sehingga menyebabkan hanya muka depan RN sahaja yang tampil pada skrin, manakala cubaan untuk membaca mana-mana RN akan dijawab oleh server error 404, yang bermakna fail ataupun direktori yang hendak dibaca “tidak wujud” padahal ia sebenarnya wujud.

Jurutera RN sudah menghubungi jabatan sokongan teknikal xoom.com untuk menyiasat punca-punca kerosakan dan akan cuba menutup lubang-lubang keselamatan yang sudah bocor.

Ini bukanlah kali pertama RN diserang, walau bagaimanapun serangan kali ini menyebabkan kerosakkan yang paling teruk pernah dialami.

Pada awal April lalu RN diserang di mana sebahagian links RN berjaya disambungkan kepada laman-laman porno oleh penyerang kami.

Semenjak RN terbit kami sudah enam kali diserang tetapi kerosakan yang berlaku adalah kecil dan sementara sahaja. Akibat serangan kali ini pihak editorial RN mengalami masalah timbunan bahan-bahan yang sudah siap diedit tetapi tidak dapat disiarkan.

Dengan pengumuman ini jabatan editorial RN berharap semua kerabat RN di dalam dan luar negeri akan terus menghantar bahan-bahan seperti biasa sementara jurutera-jurutera RN mencari jalan mengatasi kerosakan yang berlaku.

Kami percaya peristiwa pahit ini tidak akan melemahkan semangat juang seluruh kerabat RN bagi "Menghidupkan Keadilan.” - Ketua Editor RN .

Deadly Intelligent Squad.


Sumber :Mahazalim

Back To Top

`

'

 

Archived Stories:

 


MUKA DEPAN | BISNES | GLOBAL | FOKUS | RENCANA | SURAT PEMBACA
FORUM | KOLEKSI |

HOME

The Reformist, Inc Contact Information | Surat Kepada Editor

Copyright©1999 The Reformist, Inc.
All Rights Reserved.