News On Malaysia

EDITOR

MUKA DEPAN

BERITA AM

BISNES

GLOBAL

FOKUS

RENCANA

SURAT PEMBACA

FORUM

KOLEKSI

CONTACT

BERITA
Keadilan Arah Pemuda Negeri Buat Laporan Polis

Kuala Lumpur; Ketua Pergerakan Pemuda, Parti Keadilan Nasional (PKN), Mohamad Ezam Mohd Nor mengarahkan ketua-ketua pemuda di peringkat negeri membuat laporan polis sekiranya mempunyai bukti yang mencukupi tentang rasuah atau salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu di negeri masing-masing.

Beliau berkata, dua laporan polis yang dibuatnya pada hari ini adalah langkah awal ke arah laporan-laporan polis yang lain yang akan dibuat apabila pihaknya mempunyai bukti-bukti yang menyakinkan mengenai salah guna kuasa dan rasuah di kalangan pihak-pihak tertentu termasuk polis dan menteri.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas membuat dua laporan polis terhadap menteri kabinet dan tokoh perniagaan di Balai Polis Dang Wangi di sini petang ini.

"Saya telah mengarahkan ketua-ketua pemuda negeri menjalankan penyiasatan untuk mendapatkan bukti mengenai perkara itu di negeri masing-masing," katanya.

Dalam laporannya, Ezam mendakwa pihak polis gagal menyiasat laporan salahguna kuasa membabit seorang menteri dan juga kekayaan seorang tokoh perniagaan utama di negara ini. -- END

Back To Top

`

'

 

Archived Stories:

 


MUKA DEPAN | BISNES | GLOBAL | FOKUS | RENCANA | SURAT PEMBACA
FORUM | KOLEKSI |

HOME

The Reformist, Inc Contact Information | Surat Kepada Editor

Copyright©1999 The Reformist, Inc.
All Rights Reserved.