News On Malaysia

EDITOR

MUKA DEPAN

BERITA AM

BISNES

GLOBAL

FOKUS

RENCANA

SURAT PEMBACA

FORUM

KOLEKSI

CONTACT

BERITA
Lim Dituntut Minta Maaf Secara Terbuka

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Manusia, Dato' Lim Ah Lek diminta memohon maaf secara terbuka melalui kenyataan akhbar atau surat bahawa beliau telah membuat kesilapan dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini, kata jurucakap Jawatankuasa Sokongan Masyarakat Ladang (JSML) Arutchelvan dalam kenyataan berita kepada Harakah di sini.

Beliau berkata, kenyataan Lim mengenai rombongan pekerja ladang yang menghantar memorandum mengenai isu pekerja ladang di Parlimen baru-baru ini adalah palsu, berniat jahat, memutarbelitkan fakta dan memesongkan isu sebenar yang dihadapi oleh pekerja ladang.

Sebelum ini, Lim berkata program ke Parlimen itu adalah diatur oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pekerja hanyalah alat yang dipergunakan untuk mencapai hasrat dan agenda NGO. Lim juga mendakwa pekerja-pekerja itu diperdaya dengan diberikan makanan dan minuman dan dibayar wang untuk hadir ke Parlimen.

Arutchelvan menjelaskan bahawa rombongan itu kira-kira dua ribu orang ke Parlimen pada 19 April lepas untuk menyuarakan memorandum dan masalah mereka kepada wakil-wakil rakyat dan pihak-pihak berkenaan juga telah dimaklumkan mengenai hasrat mereka dua minggu sebelum rombongan itu.

JSML mendapat maklumbalas daripada masyarakat pekerja ladang seluruh negara yang merasa amat dukacita dan terhina dengan kenyataan Lim itu yang menggambarkan seolah-olah Lim mempunyai agenda tersendiri tanpa memikirkan kepentingan pekerja ladang, katanya.

"Adalah hak rakyat dan pekerja untuk menentukan cara dan saluran yang sesuai untuk mengutarakan masalah dan Lim tidak seharusnya campurtangan melalui desakan bahawa pekerja mesti mengikut jalan Kesatuan Sekerja (NUPW)," katanya.

Sehubungan itu, Lim juga diminta agar menumpukan perhatian kepada isu gaji dan perumahan seperti yang diutarakan dalam memorandum itu dan memastikan segala kenyataan yang dikeluarkan olehnya pada masa hadapan adalah benar. -- END

12/5/99

Back To Top

`

'

 

Archived Stories:

 


MUKA DEPAN | BISNES | GLOBAL | FOKUS | RENCANA | SURAT PEMBACA
FORUM | KOLEKSI |

HOME

The Reformist, Inc Contact Information | Surat Kepada Editor

Copyright©1999 The Reformist, Inc.
All Rights Reserved.