UMNO AKAN KEHILANGAN SOKONGAN BELIA: MAHASISWA

KUALA LUMPUR: Ramai pimpinan mahasiswa menyifatkan Umno akan kehilangan sokongan belia kerana parti itu sendiri tidak mempun yai hala tuju yang jelas untuk menaikkan kedudukan agama dan bangsa Melayu.

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Borhan Che Daud berkata, perhimpunan agung Umno baru-baru ini jelas memper lihatkan ia digunakan untuk kepentingan golongan tertentu dan persiapan untuk pilihanraya akan datang.

"Ucapan Presiden Umno, Dato' Seri Dr Mahathir juga hanya menyen tuh soal-soal Anwar dan PAS tetapi tidak mengandungi gagasan-gagasan besar seperti pembangunan bangsa Melayu menghadapi alaf baru," katanya ketika ditemui di sini.

Borhan berkata, masyarakat dapat menilai kedudukan sebenar Umno sekarang sama ada parti itu masih berkeupayaan untuk terus menerajui kerajaan.

"Dan perhimpunan itu adalah asas yang paling baik untuk dinilai kerana ia mencerminkan pemikiran dan budaya Umno," jelasnya yang juga Pengerusi Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN).

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM), Faisal Mohamad berkata, perhimpunan itu dipergunakan untuk mengembalikan sokongan terhadap Umno yang dilanda perpeca han sejak isu Anwar.

Menurutnya, keseluruhan perhimpunan itu menggambarkan perwakilan Umno yang tidak matang yang hanya membicarakan isu-isu pinggiran dan remeh termasuk soal logo Petronas dan sebagainya.

"Orang ramai boleh membandingkan perhimpunan itu dengan Muktamar Agung PAS sebelum itu yang memperlihatkan wawasan PAS untuk umat Islam dengan pelbagai usul yang berasas," katanya .

Exco Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia (PMIUPM), Mohd Nazri Din pula menegaskan bahawa Umno akan terus kehilangan sokongan generasi muda kerana sikap berdolak-dalih pemimpin parti itu dalam banyak isu.

"Rakyat akan terus bertanya kenapa Umno tidak bersedia mengadakan muzakarah terbuka dengan PAS sekiranya benar apa yang diperjuang kan oleh PAS tidak betul," katanya.

Menurutnya, daripada ucapan dasar Dr Mahathir sehingga ke ucapan penggulungannya hanya menonjolkan kritikan dan tuduhan terhadap parti-parti alternatif terutamanya Anwar dan PAS.

"Perhimpunan itu lebih banyak mempermain-mainkan isu agama dan menunjukkan pemimpin mereka gelabah dan melatah dengan sokongan yang semakin merosot kepada parti itu," katanya.