Solat Jamaah Perlu Permit Polis

KUALA LUMPUR 24 Jun : Perbicaraan kes tuduhan menyertai demonstrasi di Kuala Lumpur pada 14 April lepas membabitkan 13 orang menimbulkan kejutan hari ini apabila Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Bakri Zimin menyatakan orang ramai perlu memohon permit polis apabila hendak bersembahyang lebih dari tiga orang.

Ketika ditanya oleh Pendakwaraya,Bakri berkata, permit polis diperlukan mengikut Akta Polis untuk mengadakan solat jamaah lebih dari 3 orang dan jika ia tidak diperolehi ia boleh dianggap satu kesalahan di bawah Akta itu. Bakri apabila ditanya oleh peguambela mengenai adakah beliau bersetuju bahawa orang ramai tidak perlu memohon permit polis untuk solat Asar di masjid Jamik pada 14 April lepas, berkata beliau tidak bersetuju. "Saya sembahyang seorang, tidak perlu lesen," katanya apabila ditanya oleh peguambela samada beliau memohon permit untuk sembahyang. Mengikut Akta Polis, seoarang yang mengadakan pertemuan lebih dari tiga orang tanpa permit polis dianggap mengadakan perhimpunan haram yang boleh didenda tidak kurang RM2,000 dan tidak lebih RM10,000 serta dipenjara tidak lebih setahun.


Komen Editor : Ishhhh... apa nak jadi dengan Malaysia nie, minggu lepas, bekas Ketua Polis, Tun Hanif Omar kata dia tak jumpa ayat yang mengharamkan judi.....inikah yang terjadi....

Apa Pula Pandangan Anda?