BERITA TERBARU DARI KAMI

  • PILIHANRAYA 13 SEPTEMBER 1999

    Mengikut mesyuarat majlis tertinggi MIC baru-baru ini, pilihanraya umum dijangka akan diadakan pada 13 September depan. Maklumat yang diterima sebelum ini menyebut Mahathir berkemungkinan akan mengisytiharkan pembubaran Parlimen pada 28 Ogos ini di Johor dalam lawatannya di sana. Walaubagaimanapun mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO malam ini akan menentukan samada tarikh ini benar ataupun tidak.

  • MEJA MAHATHIR DICALARKAN

    Meja yang digunakan oleh Dr Mahathir telah dicalarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab beberapa hari lepas. Maklumat juga diterima menyatakan beberapa minggu lepas seekor tikus telah jatuh di atas meja yang sama......APA YANG TERJADI NIE?..mungkinkah di pejabat PM sendiri ada pengkhianat??

  • TERIMA KASIH GANI PATAIL

    Nampaknya Gani Patail macam ada simpati pada Anwar tapi apa nak buat.........Gani Patail meminta peguam Anwar, Fernando menyampaikan ucapan SELAMAT HARI JADI kepada Anwar baru-baru ini. Fernando kemudiannya menyampaikan ucapan itu kepada Anwar dan Anwar mengatakan tidak apa..Ada apa-apa ker niee Gani Patail...nanti marah pula MOkhtar Abdullah sebab Gani ada simpati kat Anwar...

    KOMEN KEPADA EDITOR