Menurut sumber-sumber yang menghubungi bilik berita yang enggan dimaklumkan nama, Pengerusi Bank Pembangunan diminta meletak jawatan secara serta merta Sabtu lepas tanpa sebarang sebab.

NoM difahamkan perlantikan Pengerusi baru dibuat pada hari Isnin (7 Jun) dan dalam pertemuan pertamanya dengan pegawai-pegawai Bank Pembangunan, agenda utama yang dibangkitkannya adalah kelulusan pinjaman kepada kroni tertentu yang tertangguh semasa Pengerusi lama.

Menurut sumber itu, perletakan jawatan itu ada kaitan dengan seorang menteri kanan dan kroni-kroninya.

Pihak NoM sedang berusaha untuk mengesahkan berita itu. -- Editor.