UNIT PENYELIDEKAN JABATAN PERDANA MENTERI


Saya merasa terpanggil untuk kehadapan setelah membaca tulisan E3M dan Pegawai SPR dalam web Mahazalim yang lepas. Syabas saya ucapkan diatas keberanian yang mana saya percaya kedua dua mereka adalah orang dalam kerajaan yang sudah mula mendedahkan RAHSIA-RAHSIA KOTOR KERAJAAN Barisan Nasional.

Diatas kelancangan mulut Hishamuddin Tun Hussien tentang OSA (kasihan Hishamuddin dia sudah lupa bagaimana ayah kesayangan beliau Almarhum Tun Hussein Onn (yang saya sungguh hormati dan sayangi [semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham] dipermainkan oleh Dr. Mahathir (menerusi cabaran Sulaiman Palestin [saudara kepada Dr Mahathir] untuk meletakkan jawatan), di ruangan ini dan yang akan datang saya akan dedahkan satu persatu tentang operasi dan modes operandi kerajaan BN.

JABATAN PERDANA MENTERI

Saya masih berkhidmat didalam Jabatan Perdana Menteri di bawah unit Penyelidekan sejak zaman "BUNG AHMAD" yang mana adek beliau adalah penjual kad pengenalan (yang dibekalkan beliau kerana diwaktu itu kami sedang membuat projek khas untuk menambahkan pengundi Islam) yang terkenal di Sabah sejak tahun '70an lagi. Di masa itu beliau menjual satu kad pengenalan kepada 'pengedar'/ orang tengah dengan harga Ringgit Malaysia 500 (lima ratus) tiap-tiap satu. Pengedar pula menjual kepada pendatang haram dengan harga Ringgit 1000 (satu ribu) tiap-tiap satu kad pengenalan. Kuota tiap-tiap pengedar ialah 500 (lima ratus) kad pengenalan tiap-tiap bulan.

Sila kiralah berapa banyak mereka telah membuat duit dengan secara haram dan menjualkan negara Malaysia tercinta ini. Tidak peliklah jikalau mereka dapat membeli saham yang bagitu banyak dalam syarikat-syarikat yang diseneraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Kini saya dibawah seorang yang rakus kuasa dan duit hinggakan segala dokumen kerajaan dan matlumat kerajaan didedahkan dan dijaja asalkan mendatangkan keuntungan kepada beliau.

Beliau yang fasih berbahasa Mandarin (tetapi berpura mengunakan headphone terjemahan tersiar diberita Perdana TV1 semasa jamuan makan malam di negara China tiga malam lepas [18 Ogos 99]) juga menggunakan Research Networking JPM, didalam dan diluar negara untuk mendapatkan kontrak-kontrak besar untuk YTL Corporation.

Bahkan pembiayaan persekolahan anak beliau di United Kingdom pun dilaksanakan oleh YTL. Jikalau tidak mana mampu anak tidak dapat biasiswa! Beliau yang saya maksudkan adalah Ketua Pengarah Unit ; Dato' Zakaria Abdul Hamid yang mana kami di dalam JPM tahu beliau adalah orang suruhan Tun Daim dan rakan akrab Tan Sri Francis Yeoh. Untuk pengetahuan semua Boss Dato' Zakaria yang sebenarnya ialah Datuk Seri Najib. Orang banyak tidak mengetahui! Rahsianya - lain kali!

Semasa bertugas di negara China dahulu beliau telah menyelapkan beberapa banyak wang kerajaan daripada 'secret fund'. BPR tahu perkara ini berlaku. Dr Mahathir tidak mahu tindakan diambil kerana orang sebegini akan memberi 100 peratus taat-setia (total loyalty) trade mark modes operandi Dr Mahathir/ Daim. Disebalik tabir pemerintahan BN terdapat beberapa orang pegawai Kerajaan di JPM khasnya merupakan orang yang berpengaruh , multi talented dan berupaya merubah suasana politik negara. Mereka inilah yang merancangkan political mapping Datuk Seri Dr. Mahathir. Analisis dan strategi mereka inilah yang digunakna oleh kerajaan dalam menerajui, mengawal, mentadbir dan menghadapi situasi ketegangan politik UMNO, BN dan negara. Mereka-mereka ialah:


1. DATUK AZIZ SAMSUDIN.
2. TAN SRI AZIZ ISMAIL
3. DATO' JAWHAR
4. ALIES ANOR ABDUL.
5. AHMAD MASLAN.
6. DATO' CAPTAIN AZMI TAN SRI HAMID BIDIN.
7. KAPTEN SUDIRMAN.
8. RAHIM KING (RAHIM DAHALAN).
9. MOHAMMAD TAIB MOHD.
10. JABATAN POLIS DI RAJA MALAYSIA

LAGI PENDEDAHAN AKAN MENYUSUL...........