Sedutan Laporan Polis Anwar Ibrahim pada 20 Ogos 1999

Saya merujuk kepada dokumen Badan Pencegah rasuah (BPR) dan Jabatan Peguam Negara yang ditandatangani oleh Dato Gani Patail mengenai pertuduhan terhadap Tan Sri Rahim Thamby Chik bertarikh 10 Jun 1994. Dokumen tersebut menunjukkan bahawa terdapat kes prima facie rasuah dan peyalahgunaan kuasa terhadap TS RTC mengikut seksyen 2(1) Ord. 22 1970 dari pertuduhan dikemukakan seperti berikut :


Tuduhan Pertama
Selaku Pengerusi Jawatankuasa Belah Bahagi Tanah beliau telah meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk memecah sempadan Lot 902 dan tidak mengisytiharkan kepentingannya

Tuduhan Kedua
Meluluskan permohonan Syarikat Dayamik untuk menukar syarat Lot 1727


Tuduhan Ketiga

Tidak mengisytiharkan harta seperti yang diarah oleh BPR dan Jabatan Peguam Negara


Tuduhan Keempat
Membuat pengakuan palsu kepada Perdana Menteri mengenai pengisytiharan harta yang boleh disabitkan dengan kesalahan di bawah seksyen 199 Kanun Keseksaan

Harta dan Kepentingan Dalam Syarikat
Hasil siasatan BPR didapati TS RTC mempunyai akaun dalam pulohan bank, syarikat dan kepentingan perniagaan beliau termasuklah dalam :