JPM (2) Siapa Mereka???

DATUK AZIZ SAMSUDIN
. Setiausaha Politik, agent provocateur dan penasihat peribadi Dr. Mahathir. Very talented konspirator . Dikenali sebagai "JEPUN" kerana pendek tapi berambut panjang sampai kebahu. Biarpun kepalanya botak ditengah, sebagai orang kepercayaan Dr. Mahathir beliau mampu meyakini Perdana Menteri dalam apa jua tindakan beliau. Menjadi proxy dalam beberapa perniagan Dr. Mahathir. Sangat suka kepada arak dan wanita. Duit itu perkara mainan beliau. Pada tahun 1987 YBM Tengku razaleigh, YBhg Tan Sri Musa Hitam dan YBhg Dato' Rais Yatim pun tertipu.

TAN SRI AZIZ ISMAIL
Setiausaha kanan PM. Ketua Pengarah JPM. Beliau amat rapat dengan keluarga PM, Dato' Samy Vellu dan adik-beradik Tan Sri Vincent Tan seperti Dato' Danny Tan dan Ricky Tan. Kalau sesiapa nak buat temujanji dengan PM khasnya bila perasmian majlis beliau akan meletakan harga.RM 30,000.00 untuk beliau dan RM 100,000.00. untuk Dr. Mahathir (mengikut Tan Sri Aziz, saya tidak percaya (Terlampau kecil), mungkin Tan Sri sapu juga - siapa hendak tanya Dr. Mahathir).

DATO' JAWHAR
Ketua Pengarah ISIS. Beliau sepatutnya telah menjadi "BOSS" unit Penyelidekan di JPM tetapi oleh sebab skandal beliau dengan isteri orang maka cita-citanya tak kesampaian. Perihal beliau boleh dirujuk pada Professor Rostam A.Sani Ahmad Boestamam (PRM) yang pernah menjadi Senior Fellow ISIS.

ALIES ANOR ABDUL
. Setiausaha politik Datuk Seri Najib. Memiliki data-data Umno semasa Datuk Seri Anwar. Ketua Setaf Operasi Datuk Seri Anwar dalam kempen untuk Timbalan Presiden UMNO dan Team Rakit 1993. Dalam pemilihan Agong Umno yang lepas bekerjasama dengan Captain Sudirman untuk mengekalkan Datuk Najib dan mempromosikan Sulaiman Brandy untuk jawatan MT Umno. Terhutang budi kepada Datuk Seri Najib yang bail-out beliau daripada kemungkinan besar bankrap kerana terhutang main saham contra sebanyak RM 500,000 (Ringgit Malaysia lima ratus ribu) turnover dan total loyalty lagi! Arab kemana Islam kemana!!

AHMAD MASLAN
Setiausaha politik Datuk Mustapa Mohammad. Kelulusan Sarjana Muda dalam bidang politik daripada New Zealand. Pengikut Datuk Seri' Anwar yang kuat hingga ke hari ini!! Pekerjaan sebelum ini di BTN. Memiliki semua data-data keahlian, strategik dan taktik Umno. Beliau juga rapat dengan Dr. Mansor (KeADILan). Tetapi data data yang dimiliki oleh Dr. Mansor hanya cebisan yang kecil kalau nak dibandingkan dengan apa yang dimiliki oleh Ahmad Maslan. Untuk menawan negeri Kelantan dan mengekalkan Datuk Mustapa Mohd, pada beliau kini ada RM 100,000,000.00 (Ringgit Malaysia satu ratus juta) untuk memastikan kemenangan tersebut.

DATO' CAPTAIN AZMI TAN SRI HAMID BIDIN
. Anak bekas Jenderal. Sandhust Military student dan kelusan Masters dalam Strategic Studies dan Management. Dikenali sebagai Panglima Datuk Seri Anwar kerana kemampuan beliau membawa UMNO masuk ke Sabah. Semasa Datuk Seri Anwar, melalui beliau beberapa Menteri dilantik. Sekarang beralih kepada Datuk Najib Tun Razak kerana aruah ayah beliau amat rapat dengan aruah Tun Razak. Beliau mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Cawangan Khas.

KAPTEN SUDIRMAN
. Pada mulanya orang kepercayaan Datuk Seri Anwar tapi kini beralih kepada Dato' Seri Abdullah Badawi mungkin telah dibeli. Kalau tidak masakan sekarang boleh berkereta mewah (Mercedes Benz E320 model terbaru babe jangan marah ye!!). Beliau bekas penuntut MCKK (sama tahun dengan Datuk Seri Anwar, mungkin beliau pun sudah kena kalau tidak kenapa lari - joking sahaja, yang sebenar takut!!). Pelajaran lanjutan beliau di Maktab Tentera DiRaja Sungai Besi dan di Amerika Syarikat untuk kursus-kursus Special Forces dan Psychological Warfare. Seorang pengikut silat kebatinan Cakerawala dan Wali Songor. Multi talented. Cara hidup yang lumayan. Beliau adalah Dalang dan Pemikir dibelakang movement Rahim King kerana mereka adalah sepupu. Penggerak BTN.

RAHIM KING (RAHIM DAHALAN)
Bekas Setaf Sarjan komando Elite Regimen Gerak Khas Malaysia (RGKM). Badawi sekarang. Advisor kepada Kementerian Dalam Negeri. Bekas Ketua Jurulatih Kanan Biro Tatanegara. Mempunyai kem latihan sendiri di Sungkai. Memiliki pas keselamatn tertinggi untuk pejabat-pejabat kerajaan Malaysia. Beliau sepatutnya telah dianugerahkan pangkat "Datuk" diatas jasa-jasa beliau sebagai pengurusi gerak gempur BN dan Umno.

MOHAMMAD TAIB MOHD.
Beliau bertanggung jawab diatas kesemua data-data UMNO. Kini di Shah Alam di Pejabat Umno Negeri Selangor. Beliau amat setia kepada Datuk Najib dan Tuan Alies Asnor dan Kapten Sudirman, Pak Lah sekarang apa sudah jadi? Kontrak perisian komputer UMNO diberi kepada syarikat beliau. SB UMNO sila bergergas!

POLIS DI RAJA MALAYSIA

AKAN DISAMBUNG..............

HOME